Pergi ke kandungan

Semakan kehakiman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Semakan kehakiman atau kaji semula kehakiman (judicial review) merupakan proses mahkamah yang dilaksanakan oleh badan kehakiman untuk mengkaji dan menyemak semula sesuatu tindakan undang-undang dari badan eksekutif sama ada sah di sisi undang-undang terlebih lagi perlembagaan mahupun tidak. Dalam proses semakan kehakiman, badan kehakiman mempunyai kuasa untuk membatalkan sesuatu tindakan undang-undang oleh badan eksekutif terhadap seseorang individu. Semakan kehakiman merupakan salah satu perkara dalam semak dan imbang yakni pembahagian kuasa di mana badan kehakiman menyelia dan mengawasi seandainya kuasa yang diperuntukkan terhadap badan eksekutif atau badan perundangan melebihi daripada kuasa kehakiman.[1][2]

Mahkamah tinggi di Malaysia, salah satu mahkamah atasan di Malaysia yang mempunyai kuasa menjalankan semakan kehakiman.

Di Malaysia, semakan kehakiman dilaksanakan di Mahkamah Tinggi dan kuasa mereka adalah tertakluk Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan, Akta Mahkamah Kehakiman 1964 serta Aturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.[1][2]

  1. ^ a b Mohd Sufian, Noranizan; Abdul Rahman, Narizan; Abdul Wahab, Mazni. "SEMAKAN KEHAKIMAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA: ULASAN LITERATUR". ejournal.um.edu.my. Jabatan Undang-undang Syariah, Universiti Malaya. Dicapai pada 12 Februari 2026. line feed character in |title= at position 36 (bantuan)
  2. ^ a b user-crff (2024-06-27). "Judical Review". Cheang & Ariff (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-02-12.